fbpx

Ridzuan Puzi mara ke final 100m

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAGUH pecut Paralimpik negara, Mohamad Ridzuan bakal bersaing dengan lawan yang hebat pada final acara 100m lelaki T36 (cerebral palsy) pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 esok.

ATLET olahraga para negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi menepati ramalan apabila mara ke pentas final acara 100 meter (m) lelaki T36 (cerebral palsy) selepas melepasi saringan pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik Tokyo sebentar tadi.

Mohamad Ridzuan atau dikenali dengan panggilan mesranya ‘Dek Wan’ mencatat masa 12.06 saat (s) selepas mengenepikan cabaran atlet China, Yang Yifei yang menamatkan saingan kedua terpantas (12.10s). Sementara itu, pelari dari Jawatankuasa Olimpik Rusia (PRC), Evgenii Shvetsov meraih kedudukan ketiga dengan 12.26s.

Pada aksi final esok, pelari kelahiran Perlis itu dijangka bakal berdepan tentang sengit memandangkan pelari Australia, James Turner dilihat bersedia untuk merampas pingat emas Ridzuan sewaktu diperoleh di Rio (2016) selepas mencatat rekod temasya 11.87s pada sesi saringan pertama.

Selain Turner, Ridzuan turut perlu berwaspada dengan ancaman pelari China, Peicheng Deng dan juga dari Argentina, Alexis Sebastian Chavez selepas masing-masing mencatat larian 11.88s dan 11.91s pada sesi saringan tersebut.

Sebagai rekod, Mohamad Ridzuan mencipta sejarah apabila menyumbang pingat emas pertama negara pada Sukan Paralimpik Rio 2016 dan mencatat masa 12.07s, sekali gus memadam rekod Paralimpik terdahulu milik Roman Pavlyk dari Ukraine iaitu 12.25s di Beijing 2008. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI