fbpx

JDT mahu lunas dendam lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORA mengingatkan anak-anak buahnya supaya beraksi bermati-matian untuk menewaskan Terengganu yang diibaratkannya seperti duri dalam daging pada saingan Liga Malaysia.

KEKECEWAAN tewas 0-1 kepada Terengganu FC (TFC) pada aksi Liga Super di laman sendiri, April lalu masih lagi berbekas dalam ingatan pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora yang menuntut pemainnya melunaskan dendam tersebut pada perlawanan malam ini.

Menurut Mora, skuad Penyu itu adalah satu-satunya pasukan Liga Malaysia yang menewaskan skuad Harimau Selatan musim ini, sekali gus meranapkan impian JDT untuk mengulangi rekod unggul menamatkan saingan Liga Super tanpa kalah.

Mora membulat tekad untuk memastikan skuad kendalian Mohd. Nafuzi Zain itu tersembam di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, sekali gus mengutip tiga mata dan melebarkan rekod kemenangan kepada 10 perlawanan berturut-turut.

“Biarpun kami sudah mencapai sasaran untuk bergelar juara musim ini, kami tetap mahu mengekalkan mentaliti juara dan rentak kemenangan ini ketika bertemu TFC.

“Sudah tentunya kami tidak dapat melupakan kekalahan yang dihadiahkan pasukan lawan itu ketika beraksi di sini. Sudah pastinya kami akan memastikan misi balas dendam ini dapat dilunaskan,” katanya kepada pemberita semalam.

Mora memberitahu, biarpun sudah muncul juara, dia tetap akan membariskan skuad terbaik­nya pada perlawanan malam ini bagi memastikan dendam yang dipendam itu terbalas dengan kemenangan berharga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI