fbpx

Juara di hati rakyat Malaysia tiba di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ziyad antara atlet paralimpik yang tiba di KLIA, Sepang kira-kira pukul 5.45 petang tadi. - Foto FAIZ ALIF

SEPANG – Pemenang pingat emas di hati rakyat Malaysia, Muhammad Ziyad Zolkefli selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, sebentar tadi.

Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu tiba dengan menaiki pesawat MH9117 dari Narita, Jepun tiba kira-kira pukul 5.45 petang.

Turut sama pulang. Siti Noor Lasah Mohammad Ariffin (Para Olahraga) Chew Wei Lun (Boccia) dan Muhammad Nur Syaiful Zulkafli (Renang) serta empat orang jurulatih.

Kepulangan wira dan wirawati paralimpik negara itu disambut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina.

Ahmad Faizal berkata, rakyat Malaysia pastinya berasa bangga atas kesungguhan dan pengorbanan atlet para negara yang telah bersaing di Tokyo.

“Walaupun tidak berada dalam prospek pingat tetapi Wei Lun telah membawa pulang pingat perak bagi acara Boccia.

“Begitu juga bagi acara lontar peluru yang tidak dapat menghadiahkan pingat kepada negara kerana insiden yang berlaku namun pencapaian Ziyad adalah di luar jangkaan kerana beliau telah memecahkan rekod dunia dalam acara berkenaan,” katanya.

Tambahnya lagi, atlet para negara sebenarnya telah memberikan persaingan yang sengit dan terbaik dalam temasya sukan berprestij berkenaan.

“Anda semua tetap menjadi juara di hati Keluarga Malaysia,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI