fbpx

Lebih 1,000 kucing terbiar di Koh Phi Phi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 1,000 ekor kucing kelaparan ditinggalkan di Koh Phi Phi sejak Mac tahun lalu. -Facebook

BANGKOK – Lebih 1,000 ekor kucing hidup terbiar di Koh Phi Phi yang merupakan gugusan pulau kecil  terletak dalam wilayah Krabi, lapor laman berita The  Thaiger semalam. 

Kucing-kucing itu ditinggalkan oleh pemiliknya selepas pandemik Covid-19 menjejaskan industri pelancongan di Koh Phi Phi.

Laman berita Thai PBS melaporkan bahawa pemilik haiwan tersebut yang sama ada bekerja atau menjadi usahawan di Koh Phi Phi, terpaksa meninggalkan kepulauan itu akibat Covid-19 dan menyangka pemergian mereka adalah untuk sementara waktu.

Menurut seorang sukarelawan, Suda Klinchuen, kebanyakan pemilik haiwan itu bagaimanapun tidak kembali ke pulau tersebut untuk mengambil kucing mereka selepas mendapat tahu bahawa pelancong tidak akan datang ke Koh Phi Phi dalam masa terdekat.

Pegawai tempatan cuba mengawal populasi kucing dengan melakukan kaedah kasi (neuter) secara besar-besaran, namun ia tidak berkesan.

Suda berkata, banyak kucing yang dilihat sepanjang jalan di Phi Phi, menanti makanan daripada sukarelawan.

Wanita itu menambah, sukarelawan mula memberi makanan kepada kucing di situ sebanyak dua kali sehari sejak Mac tahun lalu.  

“Kebanyakan daripada haiwan itu kebuluran,” katanya.

Satu halaman Facebook telah diwujudkan di mana orang awam boleh memberikan sumbangan untuk membantu kucing-kucing tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI