TOKYO – Seorang atlet kejohanan Paralimpik Tokyo 2020 dari Cape Verdean menerima kejutan terbesar apabila dilamar jurupandu acara larian yang disertainya, lapor akhbar Metro UK, semalam.
Keula Nidreai Semedo, 32, yang menyertai acara lumba lari 200 meter T11 untuk kumpulan yang memiliki penglihatan terhad gagal layak ke peringkat akhir, namun menerima hadiah bermakna.
Jurupandunya, Manuel Antonio Vaz da Veiga melamar Semedo sebaik acara separuh akhir tamat dan melamarnya di hadapan atlet-atlet lain,
Semedo yang terkejut dengan tindakan da Veiga segera memberikan jawapan ‘Ya’ kepada lamaran itu disusuli tepukan gemuruh atlet serta petugas Paralimpik yang berada dalam stadium. – Agensi