fbpx

England puas ‘balas’ cemuhan Hungary

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain England meraikan pesta gol mereka membelasah Hungary dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 awal pagi semalam. – AFP

BUDAPEST – Pengurus England, Gareth Southgate menyelar tindakan segelintir penyokong Hungary yang melakukan diskriminasi perkauman terhadap anak-anak buahnya ketika menang 4-0 pada aksi kelayakan ­Piala Dunia 2022 di Stadium Fe­renc Puskas awal pagi semalam.

Dalam aksi itu, skuad The Three Lions berjaya meraih tiga mata penuh hasil empat gol yang kesemuanya dijaringkan di separuh masa kedua menerusi Raheem Sterling pada minit ke-55, Harry Kane (m-63), Harry Maguire (m-69) dan Declan Rice (m-87).

Namun, kejayaan itu dicemari dengan insiden tidak enak apabila beberapa pemain berkulit hitam England se­perti Sterling dan Jude Bel­lingham ‘dihujani’ dengan kata-kata kesat berunsur perkauman daripada penyokong-penyokong tuan rumah.

“Saya tidak mendengar secara jelas apa yang penyokong mereka katakan kepada pemain kami dalam insiden itu. Namun, laporan dan aduan sudah dibuat kepada Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) kerana kami tidak bertoleransi dengan isu perkauman.

“Saya tidak mahu mereka menghukum kesemua penyokong Hungary kerana hanya segelintir yang berniat jahat. Ini kerana, isu yang sama turut berlaku di England dan ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan tetapi kami mahu individu yang melakukannya dihukum,” kata Southgate.

Mengulas aksi tersebut, Southgate memuji pasukannya yang berjaya meneruskan momentum cemerlang selepas muncul naib juara Euro 2020 dengan meraih tiga mata ke atas Hungary meskipun berdepan cabaran sukar daripada penyokong tuan rumah.

“Saya berpuas hati dengan apa yang pemain pamerkan sepanjang perlawanan meskipun tiada sebarang jaringan dihasilkan dalam babak pertama.

“Situasi berbeza ditunjukkan pada separuh masa kedua dan saya mahu rentak cemerlang ini diteruskan pada aksi seterus­nya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI