fbpx

Rakyat Malaysia banyak duit?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Hampir setiap hari akhbar melaporkan kes penipuan membabitkan nilai ribuan ringgit. Malah, ada antara mangsa mengalami kerugian mencecah jutaan ringgit.

Bukan sahaja warga emas yang dikatakan mempunyai simpanan banyak selepas bersara, mangsa scammer ini juga termasuk remaja yang ‘dahagakan’ wang selain individu berjawatan tinggi dan dihormati.

Disebalik kerisauan mengenai jangkitan baharu Covid-19 yang dilaporkan setiap hari, laporan mangsa ditipu juga sangat membimbangkan. Ada sahaja kes dikongsikan pihak berkuasa.

Penting untuk diingati, pendedahan kes bukan bertujuan mengaibkan tetapi beri panduan pada orang lain. Kata orang sudah berbuih mulut masih sama juga.

Bagaimanapun, begitu banyak diutarakan tetap ada yang hilang duit yang bukan sedikit. Ibarat boleh beli rumah ‘kayangan’.

Sebagai contoh, satu kes di Pahang membabitkan seorang wanita berusia 60 tahun yang juga peneroka yang kerugian RM496,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam.

Kisahnya bermula selepas dia mendapat panggilan mendakwa dirinya terlibat kes pengubahan wang haram sebelum disambungkan kepada individu yang menyamar pegawai polis yang dikatakan boleh membantunya.

Percaya dan takut menyebabkan wanita itu menuruti kehendak scammer dan ‘menyerahkan’ kad bank kepada suspek.

Wang sebanyak itu boleh beli kereta BMW X5.

Menggunakan modus operandi sama, tahun lalu seorang guru rugi RM1.1 juta selepas diperdaya pegawai polis yang mendakwa kereta milik mangsa terbabit dalam kemalangan maut dan kegiatan pengubahan wang haram.

Selain itu, di Negeri Sembilan seorang eksekutif sumber manusia dilaporkan kerugian sebanyak RM111,906.17 selepas terpedaya dengan tawaran kerja kosong sebuah aplikasi jual beli dalam talian.

Mangsa perempuan berusia 27 tahun yang menetap di Senawang menyedari dirinya tertipu selepas membuat 25 transaksi pindahan wang dari akaun miliknya sendiri dan juga akaun bank bapanya.

Kasihan warga emas itu, modal hari tua ‘lesap’ ditipu si penyamun dek kerana anak mahu wang lebih.

Tidak salah mahu duit banyak, namun biarlah berasas.

Tidak sekadar itu, ramai juga yang dahagakan ‘cinta’ terpedaya dengan kata-kata manis si penipu sehingga sanggup menyerahkan wang tanpa usul periksa.

Kita nampak mudah dengan menyatakan bagaimanalah mereka boleh ditipu.

Kisah begini sukar untuk diungkapkan, mudah sangat percaya selain takut apabila menerima panggilan daripada pegawai polis, antara punca ia terjadi.

Ambil masa fikirlah sejenak, lakukan pemeriksaan sebelum serah duit, berkongsilah dengan individu terdekat jika anda dihubungi individu tidak dikenali, jangan malu, kelak merana diri. Pada rakan dan ahli keluarga, ambil tahu kisah orang tersayang, kalau lihat sudah kusut cepat bertindak, bukan mahu jaga tepi kain.

Dalam situasi pandemik yang entah bila akan habis, duit tidak timbul mencanak dan sukar dicari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI