fbpx

Rakyat berbelah bahagi untuk rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Keputusan kerajaan untuk mempertimbangkan beberapa lagi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk aktiviti rentas negeri mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Majoriti pengguna media sosial menyambut baik cadangan itu dan menyatakan keterujaan menunggu pelaksanaannya namun ada juga yang masih bersifat skeptikal tentang perkara tersebut dan merasakan belum tiba masanya untuk berbuat demikian.

“Mohon YB fokus dahulu untuk kawal kes. Tak guna beri kebenaran awal-awal dan vaksin bukan penyelesaian sepenuhnya, janganlah jadi macam dulu.

“Rakyat Malaysia ni kebanyakannya degil, jadi penguatkuasaan perlu ketat untuk didik mereka. Bersihkan dahulu setiap negeri daripada virus ini,” kata pengguna Facebook bernama Ahairi Mustary.

Menurut @izanyb di Instagram, orang ramai harus bersabar kerana virus Covid-19 masih menular dan mungkin belum tiba masanya untuk melakukan perjalanan rentas negeri yang mungkin boleh merisikokan insan tercinta di kampung halaman.

“Sabarlah dulu nak balik kampung tu, semua orang rindu keluarga dan kampung. Virus Covid-19 ini tak nampak, tahu-tahu dah kena.

“Di kampung saya bulan lepas ada kes orang balik dari Klang, habis satu keluarga dia di kampung positif Covid-19, tak pasti dah keluar hospital atau belum,” katanya.

“Takut nanti kalau dah beri kebenaran rentas negeri, semua orang akan serbu dan berlambak pula kes, dah lah ada varian baharu,” ujar @ghaya_thrik.

Dalam pada itu, pengumuman tersebut turut mendapat komen yang menyatakan keterujaan untuk merentas daerah dan berharap bahawa ia bukanlah sekadar harapan palsu.

“Janganlah memberi harapan palsu seperti sebelum ini sehingga sembilan bulan tak boleh ziarahi ibu bapa masing-masing. Harapnya betul-betul direalisasikan dengan SOP yang ketat,” luah @najmunikamis.

“Nak balik kampung nak lawat kubur ibu bapa,” kata @zyta.k.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa perbincangan telah dibuat dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan sedang mengemukakan beberapa cadangan yang akan dibawa ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI