fbpx

Roziah Naib Canselor wanita pertama UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORAINI (dua kiri) menyerahkan surat pelantikan rasmi kepada Roziah hari ini.

SHAH ALAM – Kemelut isu pelantikan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berlarutan hampir sebulan lalu berakhir apabila Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor secara rasmi dilantik, hari ini.

Perkara itu disahkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad yang  menyerahkan surat pelantikan berkenaan hari ini sekaligus menjadikan Roziah menjadi wanita pertama memegang jawatan tertinggi itu.

Menurut Noraini, beliau percaya Roziah, 58, mampu menggalas tanggungjawab besar dalam universiti berkenaan.

“Visi UiTM menjadi sebuah universiti mega seterusnya memberi peluang luas kepada Bumiputera memperbaiki taraf hidup melalui pendidikan tinggi dalam semua bidang.

“Saya yakin beliau (Roziah) mampu meneruskan kesinambungan kecemerlangan kepimpinan UiTM,” katanya menerusi laman Facebook (FB) miliknya hari ini.

Beliau berkata, Roziah berkelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Matematik dari The State University of New York @ New Paltz New York, Amerika Syarikat (AS).

“Beliau turut memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang sama dari West Virginia University, AS selain memperoleh Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Statistik pada 2003 dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI