fbpx

Penghantar makanan halang tugas polis didenda RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Gara-gara menghalang anggota polis menjalankan tugas, seorang penghantar makanan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Muhammad Iskandar Zainol menjatuhkan hukuman denda itu terhadap K. Harvinderjit Singh, 21, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda itu dan tertuduh membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan,  lelaki itu didakwa sengaja menghalang penjawat awam iaitu anggota polis, Koperal Mohd. Yasir Mohd. Yusof daripada menjalankan tugas.

Kesalahan dilakukan pukul 4 pagi pada 25 April lalu di Laluan Pusingan U, hadapan sebuah hotel di Puchong di sini.

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu ketika prosiding, peguam, Datuk Suraj Singh yang mewakili tertuduh, merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan kerana insaf dengan perbuatan yang dilakukan.

“Tertuduh sahaja bekerja sebagai penghantar makanan, namun jika hukuman berat dikenakan, ia akan menjejaskan masa depannya kelak,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Azmi mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI