fbpx

Sajian Malaysia Fusion di Casuarina Meru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Bagi meraikan sambutan bulan kemerdekaan, Hotel Casuarina Meru (Casuarina Meru) di sini tampil menyajikan hidangan bertemakan muhibah dengan menerap konsep masyarakat majmuk di negara ini.

Set hidangan Malaysia Fusion ini menampilkan pelbagai lauk-pauk selera rakyat tempatan yang sesuai untuk menjadi pilihan sama ada makan tengah hari atau makan malam.

Sous Cef Kanan Casuarina Meru, Md. Zulkarnain Md. Elias berkata, set hidangan itu terdiri daripada hidangan pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut.

Menurut beliau, dua set hidangan disajikan secara bergilir mengikut minggu tertentu sepanjang bulan kemerdekaan ini bagi memberikan kelainan kepada pelanggan.

“Set A menyajikan acar timun bersama kuah kacang sebagai hidangan pembuka selera dengan lauk pauk seperti kari ikan bawal dan bendi rasa ibunda, ayam goreng rangup ala Cina bersama sos, kepah masak ala Kam Heong dan kentang pedas Aloo-Gobi.

“Hidangan menu B pula ialah kerabu mangga masam-masam manis, ayam masak merah kampungku, sotong masak berempah ala Vindaloo, ikan masak masam manis dan sayur campur goreng,” ujarnya.

Setiap hidangan disediakan bersama dua pinggan nasi putih dengan aroma daun pandan  mampu membuka selera.

Tambah Md. Zulkarnain, promosi set hidangan Malaysia Fusion itu ditawarkan hanya pada harga RM49 yang disediakan oleh kru dapur di Coffee House Casuarina Meru.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI