PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan berhubung dasar mewajibkan pengambilan vaksin dalam kalangan guru di sektor pendidikan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ini kerana langkah itu perlu diperhalusi secara terperinci kerana melibatkan beberapa implikasi perundangan.
“Saya kena bincang dengan KPM sebab ada implikasi perundangan di sini, justeru ia perlu diperhalusi bersama Menteri (Datuk Radzi Jidin), sama ada kita boleh wajibkan pengambilan vaksin secara ‘sectorial mandate’ (mandat mengikut sektor),” katanya kepada pemberita dalam sesi temubual di pejabat di sini hari ini.
Sementara itu, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan juga akan mempertimbangkan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk aktiviti rentas negeri dalam masa terdekat. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929