fbpx

Vaksinasi secara walk-in di PPV Terengganu bermula Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Penduduk Terengganu berusia 18 tahun ke atas yang masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19 boleh hadir di 14 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini untuk menerima vaksinasi secara walk-in mulai lusa.

Jurucakap Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) berkata, ia terbuka kepada individu dewasa bermastautin di negeri ini yang masih belum menerima janji temu atau terlepas janji temu mahupun belum berdaftar menerusi aplikasi MySejahtera.

“Mereka boleh hadir secara walk-in di PPV terlibat dari pukul 9 pagi hingga 4 petang setiap hari tertakluk kepada slot disediakan.

“Inisiatif ini bertujuan meningkatkan lagi kadar vaksinasi dalam kalangan penduduk Terengganu sekali gus mencapai imunisasi kelompok mengikut tempoh disasarkan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Jurucakap JKNT berkata, PPV terlibat ialah Taman Tamadun Islam (TTI) dan Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Universiti Sultan Zainal Abidin (Kuala Nerus), Dewan Serbaguna Sungai Tarom (Setiu) dan Dewan Gong Kemuntung dan Kota Putra Square (Besut).

Tambahnya, ia turut melibatkan PPV Dewan Datuk Seri Amar Diraja dan Dewan Sivik Kertih di Kemaman serta Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (Dungun).

“Di Marang, ia melibatkan Dewan Majlis Daerah Marang dan Dewan Sivik Buk selain Dewan Majlis Daerah (DMD) Kuala Berang dan Ajil di Hulu Terengganu,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI