fbpx

Sindiket dadah antarabangsa didalangi ‘Datuk’ tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Latif (dua dari kanan) menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Nilai di sini hari ini. FOTO : NOR SHAFAWATI YUP

SEREMBAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ dengan rampasan sebanyak 400 kilogram (kg) dadah dianggarkan bernilai RM14.4 juta.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, kegiatan sindiket tersebut terbongkar selepas pemeriksaan ke atas dua buah kotak kayu didapati mengandungi bahan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine (syabu).

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota kastam daripada Cawangan Ibu Narkotik Ibu Pejabat JKDM telah menyita dua buah kotak kayu di Kompleks Kargo Udara (KLIA) pada pukul 4.10 pagi, Selasa lalu (31 Ogos 2021).

“Hasil pemeriksaan ke atas kotak kayu tersebut menjumpai lapan buah kotak yang terdapat 400 bungkusan teh mengandungi dadah jenis Methamphetamine dengan anggaran berat 400 kg bernilai RM14.4 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM di Kampung Jijan, Nilai di sini hari ini.

Jelas Abdul Latif, sehubungan itu, tiga lelaki tempatan berumur antara 25 hingga 56 termasuk seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ telah ditahan di lokasi sama untuk membantu siasatan.

“Modus operandi sindiket ini bagi mengaburi pihak berkuasa adalah dengan mengisytiharkan barang dagangan itu sebagai troli hotel sedangkan di dalamnya terdapat kotak-kotak mengandungi dadah yang disorokkan bersama pakaian.

“Bekalan dadah tersebut dipercayai diperoleh dari pasaran tempatan dan luar negara sebelum di eksport ke negara Asia Pasifik,” katanya.

Menurut Abdul Latif, hasil siasatan mendapati, sindiket dadah tersebut dikesan telah 11 kali menyeludup dadah ke luar negara dipercayai menggunakan modus operandi sama sejak tahun lalu.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI