fbpx

China haramkan program pencarian bakat hiburan, gosip selebriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN. Kerajaan China kini mengharamkan program berbentuk realiti hiburan kerana mempengaruhi minda anak muda di negara tersebut.

BEIJING – China mengambil tindakan drastik apabila mengharamkan sebarang rancangan berbentuk program realiti pencarian bakat diterbitkan mahupun disiarkan menerusi televisyen untuk tontonan umum.

Bukan sahaja mengharamkan program realiti berbentuk hiburan, negara Republik itu itu turut menggesa pihak penyiar telebvisyen tempatan supaya tidak mempromosikan lelaki ‘cantik’ apabila mendakwa budaya industri hiburan sebegitu telah ‘menyesatkan’ jiwa dan pemikiran anak muda di sana.

Menurut laporan The Guardian, perkara tersebut telah diumumkan oleh Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional pada Khamis lalu dengan mengemukakan beberapa peraturan lain antaranya tidak menayangkan program pengembangan idola atau rancangan aneka ragam dan realiti yang menampilkan anak-anak golongan selebriti.

“Mereka juga menyuruh penyiar untuk menolak ‘estetika yang tidak normal’ seperti lelaki ‘lembut’, gaji selebriti dan pelakon yang kurang bermoral.

“Peraturan baharu itu dirancang untuk memperbaiki masalah pelanggaran undang-undang dan moraliti artis serta kekacauan dalam ‘komuniti peminat’,” kata laporan tersebut.

Rancangan berkaitan dengan idol telah menjadi fenomena besar di China sejak beberapa tahun yang lalu. Ia merupakan format inovatif yang sama seperti Korea Selatan dan Britain.

Program seperti Youth with You dan Produce 101 telah memperlihatkan ‘kemunculan kumpulan remaja lelaki dan perempuan. Mereka menjalani latihan sertai persaingan yang sengit untuk menjadi seorang selebriti.

Menurut data yang dikumpulkan oleh Maoyan Research Insitute, Produce 101 menjadi antara rancangan yang paling banyak ditonton di China.

Bukan itu sahaja, media-media di China juga diminta untuk tidak menerbitkan kisah-kisah yang mempamerkan kekayaan, gosip, topik hangat yang negatif dan ‘selebriti internet’ yang tidak sopan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI