fbpx

TH lancar RKP kukuhkan tadbir urus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

PETALING JAYA- Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan Rangka Kerja Pengawasan (RKP) sebagai asas kawalan tadbir urus dalam usaha menunaikan mandat pengurusan haji bertaraf dunia dengan lebih berkesan.

Pengerusi TH, Tan Sri Md. Nor Yusof berkata, RKP berlandaskan konsep Maqasid Shariah merangkumi lima prinsip utama iaitu perlindungan agama, nyawa, akal, harta benda dan generasi akan datang.

“Sebagai institusi Islam yang menguruskan simpanan deposit umat Islam Malaysia, TH bertanggungjawab memastikan pihaknya sentiasa menambah baik cara untuk menunaikan amanah itu.

“Pengenalan RKP adalah sebagai panduan utama bukan sahaja kepada pemimpin dan warga hari ini, malah untuk para pemimpin serta warga kerja TH yang akan datang,” katanya di sini tadi.

TH mula ditubuhkan pada tahun 1963 dan bertujuan untuk membantu umat Islam menunaikan haji.

“Kini, kira-kira separuh daripada umat Islam di Malaysia atau 8.3 juta orang telah mendaftar sebagai pendeposit di TH. Sepanjang 58 tahun penubuhannya, TH telah menguruskan ibadah haji kepada 1.5 juta orang seluruh negara.

“Pembangunan TH selama hampir enam dekad ini juga telah mendorong institusi haji untuk mengukuhkan struktur tadbir urusnya dengan lebih baik menerusi RKP,” jelasnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI