fbpx

Mayat tidak berpakaian ditemui di Sungai Dungun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis sedang mengangkat mayat lelaki yang dijumpai terapung di Sungai Dungun berhampiran Kampung Padang Pulut, Dungun hari ini.

DUNGUN – Satu mayat lelaki yang dipercayai sudah mati sejak empat hari lalu telah dijumpai di Sungai Dungun berhampiran Kampung Padang Pulut di sini hari ini.

Mayat yang masih tidak diketahui identiti tersebut dijumpai terapung di kawasan menyedut pasir di sungai tersebut pada pukul 1 petang.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pekerja rumah pam pasir berkenaan yang sedang bertugas telah menjumpai mayat yang tidak berpakaian berkenaan.

“Pekerja rumah pam pasir tersebut ternampak objek mencurigakan di kawasan menyedut pasir itu sebelum mengenal pasti ia merupakan mayat yang sudah membengkak.

“Dia kemudiannya menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, pemeriksaan mendapati mayat lelaki tersebut yang dipercayai sudah meninggal kira-kira empat hari lalu dan berusia dalam lingkungan 40-an.

Beliau berkata, siasatan awal juga tidak menjumpai sebarang unsur jenayah pada tubuh mayat.

“Mayat tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk dibedah disiasat.

“Semakan mendapati tiada kes orang hilang dilaporkan di daerah ini sepanjang minggu ini. Sesiapa yang kehilangan ahli keluarga dan kenalan ditimpa tampil untuk membuat pengecaman,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI