fbpx

Pasar Awam Batu Lanchang ditutup sekali lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasar Awam Batu Lanchang di George Town ditutup bermula hari ini.

GEORGE TOWN – Pasar Awam Batu Lanchang di sini ditutup semula buat kali kedua susulan terdapat kes positif Covid-19 membabitkan peniaga.

Menurut kenyataan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), penutupan sementara itu melibatkan 180 gerai bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pada 29 Julai lalu, pasar itu ditutup selama dua minggu selepas tujuh peniaga dan pembantu gerai dikesan positif Covid-19.

Sementara itu, MBPP turut memaklumkan Astaka Bukit Gedung di sini turut ditutup selama seminggu mulai hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI