fbpx

Dua wanita beli barang murah online rugi RM8,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Dua wanita kerugian hampir RM8,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket selepas membuat pembelian barangan secara online di aplikasi Instagram baru-baru ini.

Kedua-dua mangsa berusia 30-an yang merupakan pekerja swasta itu terpedaya selepas tertarik dengan tawaran harga yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, seorang mangsa berhasrat membeli barang kemas, manakala seorang lagi tertarik dengan barangan perkakasan dapur.

“Kedua-dua mangsa telah membuat pembayaran secara berperingkat ke dalam akaun bank (akaun mule) yang diberikan suspek.

“Biarpun mereka telah membelanjakan RM7,908 dan suspek secara berterusan masih meminta bayaran tambahan, namun mereka tidak diberikan nombor rujukan penghantaran sebelum menyedari ditipu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, mangsa tampil membuat laporan polis semalam berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Noorzainy menasihati orang ramai agar membuat semakan akaun terlebih dahulu melalui pautan http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ sebelum membuat sebarang pembayaran kepada mana-mana individu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI