fbpx

Saifuddin merendah diri biarpun berpengalaman luas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIFUDDIN melangkah masuk ke Wisma FAM pada hari pertama beliau menjalankan tugas sebagai Setiausaha Agung FAM di Kelana Jaya semalam.

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd. Saifuddin Abu Bakar menganggap dirinya sebagai ‘budak baru belajar’ selepas melaporkan diri secara rasmi di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Sebagai rekod, Saifuddin telah dilantik menjadi setiausaha agung baharu badan induk bola sepak negara itu menggantikan posisi ditinggalkan Stuart Ramalingam yang kini menggalas jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL).

Kata Saifuddin, amanah yang diberikan oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin serta barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) merupakan tanggungjawab yang besar buatnya.

“Terima kasih kepada Datuk Hamidin dan barisan Exco FAM yang memilih saya untuk menjadi Setiausaha Agung FAM yang baharu. Ini adalah tanggungjawab besar yang perlu digalas.

“Saya anggap diri sebagai orang baharu di FAM meskipun ini adalah pelantikan kali ketiga sejak 1995 sebelum menjalani tugas terakhir pada 2008 selaku penolong setiausaha agung.

“Namun, saya tetap mengambil pendekatan sebagai budak baru belajar kerana ini merupakan kali pertama saya memegang jawatan yang tinggi dan ini adalah cabaran buat saya,” katanya.

Pada hari pertamanya, Saifuddin telah mengadakan mesyuarat secara virtual bersama Exco FAM bagi membincangkan perancangan FAM selepas ini.

Saifuddin, 60, memiliki pengalaman luas dalam arena bola sepak khususnya di rantau Asia apabila pernah berkhidmat di Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Persatuan Bola Sepak Qatar dan Persatuan Bola Sepak Oman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI