fbpx

Ronaldo cipta rekod penjaring terbanyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO meraikan kejayannya memadam rekod Daei sebagai penjaring terbanyak di pentas antarabangsa dengan jumlah keseluruhan 111 gol. – PORTUGAL

ALMANCIL, PORTUGAL – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo mencipta sejarah baharu apabila muncul penjaring terbanyak di pentas antarabangsa dengan jumlah 111 gol.

Ronaldo, 36, memastikan rekod itu menjadi miliknya selepas meledak dua gol membantu Portugal melakukan kebangkitan dramatik pada saat-saat akhir menewaskan Ireland 2-1 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 di Estadio Algarve awal pagi semalam.

Secara keseluruhan, penye­rang baharu Manchester United itu sudah meledak 111 gol daripada 180 perlawanan, memadam rekod penjaring terbanyak di pentas antarabangsa iaitu 109 jaringan yang dipegang legenda Iran, Ali Daei.

“Rekod ini milik saya dan ia sangat unik. Saya sangat gembira kerana ini adalah satu lagi pengiktirafan hebat dalam karier saya.

“Semuanya mengenai motivasi dan keinginan saya untuk terus bermain bola sepak. Saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukan kerana bantuan mereka hari ini.

“Dua gol pada hujung perlawanan sememangnya sukar tetapi ia membalas kepercayaan kami yang tidak pernah berputus asa sehingga tamat permai­nan,” kata Ronaldo.

Pemenang lima Ballon d’Or itu sepatutnya mampu meledak hatrik tetapi sepakan penaltinya pada babak pertama diselamatkan penjaga gol Ireland.

Sebagai rekod, Ronaldo sebelum ini menyamai jumlah 109 jaringan Daei pada saingan Euro 2020 sekali gus muncul pemain pertama berjaya meledak gol dalam lima penampilan Euro berturut-turut.

Untuk info, penjaring ketiga terbanyak di pentas antarabangsa dengan pengiktirafan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa ialah penye­rang legenda Malaysia, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dengan 89 gol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI