fbpx

KKM diminta bentang strategi endemik bersesuaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) diminta untuk membentangkan strategi baharu pandemik dan endemik Covid-19 yang bersesuaian selain daripada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semata-mata.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau menyambut baik saranan mengenai usaha melakukan perubahan kepada tingkah laku di mana satu norma baharu diperkenalkan untuk masyarakat hidup secara sihat dan selamat walaupun virus masih ada dalam komuniti.

“Rakyat dan seluruh Keluarga Malaysia perlu bersedia untuk hidup bersama Covid-19 sebagai endemik selepas Oktober apabila suntikan vaksin dijangka selesai sepenuhnya.

“Keluarga Malaysia perlu sedar, akhirnya kita terpaksa hidup bersama Covid-19 seperti yang berlaku di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semalam berkata, kerajaan akan mengumumkan SOP yang lebih bersifat menyeluruh, jangka masa panjang selain memudahkan rakyat faham mengenai Covid-19 yang akan memasuki fasa endemik. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI