fbpx

Tunggu ‘nyawa-nyawa ikan’ baru ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sikap sambil lewa dan sering menangguh untuk mendapatkan rawatan awal antara punca kenapa banyak kes BID (brought in dead) walaupun Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) lengang.

Mendedahkan perkara itu, seorang pakar bius dikenali sebagai Dr. Hana Hadzrami berkata, ramai pesakit diarah kuarantin hospital sebab berpenyakit tetapi enggan mengikuti arahan terbabit.

Kata Hana, bermacam alasan diberi, antaranya tidak selesa, tiada ‘privacy’ tiada orang nak teman suami, tiada orang nak jaga anak, pokok bunga serta pelbagai alasan tidak munasabah.

“Ada yang nak ‘self medicate’ dah sedia pelbagai ubat, monitor dan oksigen di rumah. Anti parasit, antiviral, antibiotik, anti radang semua ada, ‘ventilator’ je tak ada.

“Ada yang menafikan kata dia bukan menghidap Covid-19 tetapi selsema biasa, mana ada Covid-19, itu semua konspirasi, saya percaya kepada imunisasi badan sahaja,” tulisnya di laman Facebook hari ini.

Dengan adanya sikap itu, Hana berkata, mereka sanggup bersemput-semput di rumah, selagi belum nyawa ikan selagi itu tidak mahu ke hospital.

“Takut sangat kalau kena masuk ICU (Unit Rawatan Rapi) ‘ditidurkan’; sanggup bertahan sehingga meninggal dalam tidur di rumah.

“Ada juga warga asing yang tiada passport takut nak ke hospital risau ditangkap atau dikenakan bayaran wad, rela menahan sakit di rumah kongsi,” tambahnya.

Hana berkata, lebih lama kita menangguhkan rawatan, lebih teruk penyakit kita dan jika lebih lama tangguh tak mahu ditidurkan (apabila disaran oleh doktor ICU) lebih tipis peluang untuk ‘survive’.

“Rawatan di rumah tidak akan membantu jika sudah wujud tanda amaran, tidak kiralah anda dah sedut oksigen sebanyak mana pun di rumah atau dah telan ‘pil cacing’ dan ‘cengkih’ berbungkus-bungkus.

“Pesakit perlu ke hospital untuk dapatkan rawatan segera demi mengelakkan risiko kematian mengejut atau kematian akibat kegagalan organ,” katanya yang memaklumkan mengapa punca BID masih tinggi.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI