GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang merancang membina kilang untuk mengeluarkan vaksin Covid-19 sendiri pada masa depan menerusi projek pembangunan Taman Perubatan Bio Bersepadu (Intergrated Biomedical Park).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Norlela Ariffin berkata, projek yang dirancang bersama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) itu akan dibangunkan di atas tanah seluas kira-kira 404 hektar di daerah Seberang Perai Utara.
“Secara prinsipnya, pemilik tanah di lokasi yang dicadangkan itu sudah bersetuju dalam usaha sama dengan kerajaan negeri berhubung projek tersebut.
“Kita mempunyai kepakaran dalam kalangan graduan Universiti Sains Malaysia (USM) yang boleh digunakan dalam projek ini dan usaha ini juga sebagai persediaan kepada kemungkinan rakyat perlu mendapatkan dos ketiga Covid-19 pada masa depan,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Sementara itu, Norlela (PKR-Penanti) berkata, Pulau Pinang akan menerima tambahan lebih sejuta dos vaksin Covid-19 daripada Kerajaan Pusat untuk bekalan sepanjang bulan ini dengan lebih 360,000 dos dijangka tiba esok.
“Daripada jumlah itu, lebih 767,000 dos vaksin yang diterima adalah jenis Pfizer, Sinovac (200,000), Astra Zeneca (40,000) dan Cansino (15,000).
“Tambahan vaksin itu dapat menampung baki kira-kira 160,000 penduduk Pulau Pinang yang masih belum menerima vaksin Covid-19 sehingga kini selain melengkapkan pemberian dua dos vaksin dalam kalangan penduduk,” katanya lagi. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929