fbpx

Warta keluar Hutan Simpan Kuala Langat Utara tidak dipersetujui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin

PUTRAJAYA – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) secara dasarnya tidak bersetuju terhadap tindakan pewartaan keluar Hutan Simpan Kuala Langat Utara khususnya di peringkat awal cadangan oleh kerajaan negeri Selangor.

Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kementerian juga telah mengemukakan bantahan rasmi kepada kerajaan negeri Selangor berhubung perkara itu tahun lalu.

Beliau berkata, KeTSA memandang berat dan mengambil perhatian pewartaan keluar Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang melibatkan kehilangan sebahagian daripada keluasan asal iaitu seluas 957.63 hektar.

Ini kerana, menurutnya sehingga tahun 2019, data Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) menunjukkan jumlah kawasan berhutan Negeri Selangor adalah pada 31.74 peratus.

“Kementerian juga mengambil maklum penggantian seluas 579.64 hektar melibatkan empat kawasan hutan berasingan.

“Ia membabitkan Hutan Simpan Sungai Panjang (308.62 hektar), Hutan Simpan Buloh Telor Barat (149.96 hektar), Hutan Simpan Buloh Telor Timur (57.18 hektar) dan Hutan Simpan Broga (63.88 hektar) sebagai Hutan Simpanan Kekal,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pihaknya juga mengesyorkan agar kawasan gantian tersebut terus dilindungi dan dipulihara bagi memastikan kawasan berhutan di Selangor dikekalkan.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI