PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah meluluskan pengoperasian semula pesawat model Boeing 737-8 dan 737-9 yang digantung sejak 2019 lalu.
Penarikan balik sekatan ke atas dua model itu yang turut dikenali sebagai Boeing 737 MAX di negara ini selaras dengan Arahan Keselamatan CAAM 01/2021 – Operasi Boeing 737-8/-9.
Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Kapten Chester Voo berkata, isu yang bertarikh 2 September 2021 itu sekali gus telah menggantikan Arahan Keselamatan bertarikh pada 13 Mac 2019 yang melarang B737 MAX, namun arahan terbaharu sudah pun membolehkan penerbangan komersial dengan menggunakan pesawat ini.
Kebenaran tersebut ujarnya, turut meliputi operator udara sama ada milik syarikat Malaysia atau asing untuk pesawat model berkenaan terbang di dalam dan luar ruang udara negara ini.
Penggantungan sebelum itu susulan insiden nahas pesawat tersebut mengorbankan semua mangsa melibatkan Lion Air Indonesia pada 2018 dan Ethiopian Airlines Habsyah pada 2019 menyebabkan banyak syarikat di seluruh dunia telah bertindak menggantung operasi penerbangan pesawat berkenaan sementara waktu. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929