fbpx

Inisiatif bantuan kediaman diumum Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican bercakap pada sidang akhbar di kementeriannya di sini, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menyediakan bantuan kediaman kepada golongan yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 pada kadar sewaan paling minimum untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, maklumat lanjut inisiatif bantuan kediaman berkenaan akan diumumkan Isnin ini.

Beliau berkata, pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak tahun lepas memberi impak besar kepada sudut ekonomi rakyat sehingga ada yang hilang pekerjaan dan tidak mampu menampung perbelanjaan harian serta membayar sewa kediaman masing-masing.

“Mereka ini semua adalah dari golongan penjaja, peniaga kecil dan penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Bukan sahaja kehilangan kerja malah ada antaranya kehilangan kediaman apabila tidak mampu bayar sewa,” katanya pada sidang akhbar sulungnya di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI