fbpx

Pulau Pinang rekod 119 kes BID

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Negeri ini merekodkan 119 kes kematian di rumah (BID) pesakit Covid-19 dalam tempoh Januari lalu hingga akhir bulan lalu.

Jumlah itu adalah kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan kematian akibat pandemik tersebut di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Norlela Ariffin berkata, 12 daripadanya adalah mereka yang sudah melengkapkan kedua-dua dos vaksin.

“Ia membabitkan satu kes BID melibatkan pesakit kanak-kanak, belia (17), dewasa (51) dan warga emas (50).

“Sebanyak 77 kematian di rumah berlaku dalam kalangan pesakit lelaki, manakala 42 pesakit wanita yang terdiri daripada 95 warga tempatan dan 24 warga asing,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini hari ini.

Sementara itu, Norlela (PKR-Penanti) berkata, kerajaan Pusat melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) diharap dapat menyalurkan lebih banyak peruntukan kepada Pulau Pinang untuk membuka Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) berisiko rendah.

“Peruntukan itu dapat membantu kerajaan negeri untuk menjadikan hotel-hotel bajet misalnya sebagai PKRC berisiko rendah bagi memastikan pesakit Covid-19 dapat dikuarantin di tempat yang lebih sesuai dalam memutuskan rangkaian jangkitan dalam komuniti.

“Ketika ini terdapat kira-kira 7,800 pesakit Covid-19 kategori satu dan dua yang dikuarantin di rumah dan sekiranya pesakit ini dapat ditempatkan di PKRC, mereka dapat dipantau dan diberi rawatan dengan sempurna,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI