PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi lemah telah berlaku di Semporna, Sabah pada pukul 1. 45 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataannya berkata, kejadian tersebut berlaku pada koordinat 4.6 darjah utara dan 118.3 darjah timur.
“Gempa tersebut berlaku pada magnitud 3.2 skala Richter berjarak 10 kilometer selatan dari Kunak di kedalaman 10 kilometer.
“Gegaran mungkin dirasai di sekitar Semporna dan Kunak, Sabah. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” jelas kenyataan tersebut. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929