JOHOR BAHRU – Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di dua daerah di negeri ini susulan kejadian banjir kilat selepas hujan lebat lebih enam jam awal pagi tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Kolonel Kamal Mokhtar berkata, dua daerah terjejas banjir adalah Johor Bahru dan satu di Pontian.
Katanya, tiga PPS yang dibuka itu membabitkan PPS Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10, Skudai serta PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Skudai di daerah ini manakala sebuah lagi PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya di Pontian.
“Jumlah mangsa banjir di dua PPS di Johor Bahru yang dibuka sejak 10 pagi sedang dikemas kini berikutan pertambahan mangsa.
“Sementara itu, PPS di Pontian dibuka pada pukul 11 pagi tadi membabitkan 19 mangsa daripada lima keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kamal berkata, PPS Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10 dikhaskan untuk mangsa banjir yang perlu menjalani kuarantin berikutan menjadi kontak rapat kes Covid-19.
Sehubungan itu, mangsa banjir yang lain pula ditempatkan di PPS SMK Skudai bagi memastikan mereka tidak bercampur.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929