fbpx

60 kampung Beaufort, Membakut terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Situasi banjir di daerah kecil Membakut setakat jam 12 tengah hari tadi. - Foto IHSAN APM

BEAUFORT – Hujan lebat berterusan sejak kelmarin mengakibatkan sebanyak 45 buah kampung di daerah ini dan 15 kampung di daerah kecil Membakut dilanda banjir.

Ia berikutan limpahan air Sungai Padas dan Sungai Membakut susulan hujan di kawasan hulu sungai.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Beaufort, berkata setakat pukul 12 tengah hari tadi, bacaan paras air kedua-dua sungai adalah melebihi paras bahaya iaitu 9.28 meter di Sungai Padas dan 7.41 meter di Sungai Membakut.

“Antara perkampungan terjejas banjir di Beaufort ialah Kamoung Binunuk, Balibata, Simpang Empat, Bakalau, Sungkadan, Melalugus, Batandok Lubak, Melati, Lumatai, Mempagar, Kuarters SESB Beaufort, Kuarters Kereta Api, Kampung Lawa, Lago, Suasa, Kangsa, Berumbai, Bangkalalak, Batu 60, Batu 58, Jempangah, Kitalabak Lumatai, Luagan Sanginan dan Laboi.

“Dalam pada itu, kawasan dilanda banjir dalam daerah kecil Membakut antaranya Kampung Bambangan, Sinoko, Sindok, Baitam Ulu, Baitam Laut, Baitam Baru, Jambatan Baru, Lumantak, Papas, Lampijas, Kayai, Dungau, Brunei dan pekan lama Membakut,” katanya.

Jelas beliau, sebanyak 11 laluan di Beaufort juga ditenggelami air sehingga ada antaranya tidak dapat dilalui kenderaan seperti Jalan Binunuk, Jalan Balibata, Jalan Simpabg Empat, Jalan Melalugus, Jalan Batandok Lubak, Jalan Lawa, Jalan Suasa, Jalan Bangkalalak, Jalan Mahkamah, Jalan Luagan Sanginan, Jalan Kangsa, Jalan Berumbai dan Jalan Batu 60.

“Sementara itu, sebanyak 13 laluan dikenal pasti ditenggelami banjir di Membakut setakat ini iaitu Jalan Bambangan, Jalan Sinoko, Jalan Simpang Kampung Poring, Jalan Baitam, Jalan Baitam Ulu, Jalan Baitam Laut, Jalan Baitam Baru, Jalan Pekan Lama, Jalan Jambatan Baru, Jalan Kayai, Jalan Lampijas, Jalan Papas dan Jalan Kampung Brunei,” katanya.

“Bagaimanapun, tiada sebarang pemindahan penduduk dilakukan setakat ini tetapi sebuah pusat pemindahan banjir di Dewan Datuk Mohd Dun Banir, Beaufort sudah bersiap sedia untuk dibuka sekiranya diperlukan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI