fbpx

Harga maksimum kit ujian pantas Covid-19 berkuat kuasa Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander Nanta Linggi

PUTRAJAYA – Harga runcit maksimum bagi kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian sendiri) di pasaran tempatan ditetapkan pada harga RM19.90 seunit berkuat kuasa serta-merta Ahad ini.

Perkara itu diputuskan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi kenyataan akhbar bersama hari ini.

Kedua-dua kementerian turut menetapkan harga borong maksimum bagi kit ujian sama pula ditetapkan pada harga RM16 satu set.

“Penentuan harga maksimum kit ujian ini dibuat mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Penetapan harga maksimum ini dibuat atas dasar keprihatinan kerajaan dalam usaha menangani kos sara hidup yang meningkat pada masa kini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan sedar bahawa situasi Covid-19 di negara kita masih belum pulih dan permintaan terhadap kit ujian juga dijangka meningkat pada masa depan susulan kesedaran orang ramai mahu membuat ujian sendiri.

Justeru katanya, penentuan harga maksimum borong dan runcit kit ujian pantas itu dibuat bagi memastikan harga yang berpatutan dan keberadaan bekalan di pasaran bagi manfaat pengguna dan peniaga. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI