fbpx

JKNJ nafi ada kes positif di PPV Dewan Muafakat, Adda Height

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar berita palsu yang mendakwa terdapat kes positif di PPV Dewan Muafakat, Adda Height, Johor Bahru, Johor.

JOHOR BAHRU – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan terdapat kes positif Covid-19 dikesan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Muafakat Adda Height di sini.

Pengarahnya, Datuk Dr. Aman Rabu berkata, mesej yang tular di media sosial itu adalah tidak benar sama sekali.

Katanya, pihaknya tidak menerima sebarang laporan membabitkan tiga warga Bangladesh positif Covid-19 dikesan mengambil vaksin di PPV berkenaan.

“Mengikut laporan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru, mesej yang tular itu adalah tidak benar.

“Tiada laporan mengenai tiga warga Bangladesh yang positif Covid-19 dikesan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mesej tular itu meminta orang ramai yang pergi ke PPV berkenaan supaya berhati-hati kerana minggu lalu terdapat tiga warga Bangladesh yang mengambil vaksin positif Covid-19.

Mesej itu turut menyatakan PPV berkenaan juga tidak ditutup untuk proses sanitasi awam dan tidak selamat dikunjungi.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI