fbpx

Mayat lelaki lemas di Jeram Mawar ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat Mohamad Nazmi yang lemas di Jeram Mawar berhampiran Kampung Air Putih, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Pencarian hampir 48 jam berhasil menemukan mayat pemuda yang lemas ketika memancing bersama rakan-rakan di Jeram Mawar berhampiran Kampung Air Putih di sini kelmarin.

Mayat Mohamad Nazmi Mohamad Saidi, 23, dijumpai oleh anggota bomba pada puku 9.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi dia dipercayai tergelincir.

“Mayat mangsa tersebut timbul di permukaan sungai sewaktu kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

“Sebaik dijumpai, mayat mangsa dibawa naik ke tebing sungai sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! Selasa lalu melaporkan Mohamad Nazmi dikatakan tergelincir sewaktu sedang terdiri di tebing Sungai Kemaman pada pukul 1.30 tengah hari.

Sebelum kejadian, mangsa bersama enam sahabatnya mengisi cuti Hari Kebangsaan dengan memancing dan mandi-manda di Jeram Mawar tersebut. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI