fbpx

Program #TravelPerakLah dilancar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program #TravelPerakLah dilancarkan semula bagi memacu kembali sektor pelancongan negeri selain ekonomi setempat. - Gambar hiasan.

IPOH – Bagi memacu kembali sektor pelancongan negeri, Tourism Perak melancarkan semula #TravelPerakLah Fasa I-III yang menawarkan diskaun menarik dan pelbagai pakej percutian.

Ia melibatkan 125 pemain industri terpilih terdiri daripada pengusaha hotel, pengusaha produk pelancongan dan agensi pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, program itu juga dapat membantu menggerakkan ekonomi setempat yang mengalami kemerosotan.

Menurut beliau, kaedah sama ketika dilancarkan pada Julai tahun lalu juga mendapat sambutan baik termasuklah daripada pelancong domestic.

“Kita lanjutkan penebusan Baucar #TravelPerakLah Fasa I-III sehingga Jun tahun hadapan melibatkan pemberian diskaun pelbagai destinasi pelancongan dan penginapan.

“Inisiatif ini dipermudahkan lagi dengan kaedah penebusan yang ditambah baik untuk menarik minat lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negeri Perak,” katanya selepas Pelancaran Semula Baucar #Travelperaklah Fasa I-III dan Pelancaran Baucar #Travelperaklah Fasa IV secara maya semalam.

Nolee turut melancarkan Baucar Pelancongan #TravelPerakLah Fasa IV sebagai persediaan sekiranya pembukaan penuh sektor pelancongan dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara diumumkan.

Baucar pelancongan Fasa IV itu lebih memfokuskan kepada 78 pengusaha spa yang berdaftar di bawah Persatuan Usahawan Spa Perak dan 35 syarikat agensi pelancongan di bawah Persatuan Umrah, Haji dan Ziarah (Puhaz).

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut berhubung tawaran-tawaran ini boleh melayari laman sesawang rasmi [email protected]. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI