fbpx

100 buah rumah dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah salah seorang penduduk di Kampung Sentosa, Masai, Johor yang dinaiki air susulan hujan lebat awal pagi hari ini.- Foto RAJA JAAFAR ALI

PASIR GUDANG – Kira-kira 100 buah rumah di tiga buah kampung di sekitar Pasir Gudang di sini dinaiki air ekoran hujan lebat yang turun tanpa henti awal pagi tadi.

Kejadian banjir kilat itu membabitkan Kampung Bukit Pulai, Taman Pasir Putih, Kampung Sentosa Barat dan Jalan Kampung Masjid, Masai di sini

Timbalan Penguasa Bomba I Ibrahim Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.14 pagi.

Susulan itu katanya, seramai 24 anggota dengan tiga buah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dan Johor Jaya dikejarkan ke tempat kejadian.

Beliau berkata, pihaknya mendapati banjir kilat yang berlaku menyebabkan rumah mangsa ditenggelami air pada kedalaman hampir satu meter.

“Pemeriksaan yang dijalankan mendapati paras air telah surut dan tiada operasi penyelamatan atau pemindahan mangsa banjir dilakukan.

“Pemantauan dan rondaan di lokasi berisiko banjir akan sentiasa dipantau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, operasi tamat pada pukul 8.19 pagi.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI