PETALING JAYA – Sebanyak 65.1 peratus atau 15,241,655 individu dewasa di negara ini sudah lengkap mengambil dua dos suntikan vaksin.
Menerusi data yang dikongsikan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19, sebanyak 85.1 peratus atau 19,932,137 pula sudah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin setakat semalam sebanyak 35,150,474 dos.
Sementara itu, vaksinasi harian semalam pula mencatatkan sebanyak 398,134 dos dengan 188,780 individu menerima dos pertama, manakala 209,354 pula lengkap dos kedua. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929