fbpx

Tiga daerah catat lebih 80 peratus pemulihan bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Tiga buah daerah yang terjejas gangguan bekalan air mencatatkan peratusan pemulihan melebihi 80 peratus setakat pukul 7 malam tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. berkata, kawasan Hulu Langat telah mencapai pemulihan sebanyak 90.7 peratus, Putrajaya (82.6 peratus) dan Sepang (81.4 peratus) manakala bekalan air di daerah Kuala Langat dan Petaling pula masing-masing 75 peratus dan 37.2 peratus.

“Secara keseluruhannya, pemulihan bekalan air di semua 463 kawasan terjejas di Lembah Klang sudah mencapai tahap 66 peratus.

“Pengguna yang sudah mendapat bekalan air dinasihatkan membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian,” katanya dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI