fbpx

KLATCC dipindah ke Sepang, ruang udara distruktur semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) yang berpindah ke lokasi baharu di Sepang hari ini.

SEPANG – Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) yang terletak di Subang, Selangor telah dipindahkan ke lokasi baharu di Sepang, semalam apabila ruang udara baharu telah distruktur semula menjadi 14 sektor berbanding tujuh sebelum ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pemindahan ini dilakukan pada pukul 2 pagi hari ini sekali gus menjadi detik bersejarah bagi industri penerbangan negara dengan struktur baharu tersebut dilengkapi penambahan laluan udara baharu serta pelepasan dan ketibaan yang menepati piawaian yang ditetapkan.

“Penambahbaikan ini adalah bertujuan meningkatkan pendapatan negara melalui pengembangan industri penerbangan, ” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini.

Beliau berkata, pemindahan operasi struktur ruang udara baharu ini telah menjadi sebahagian daripada usaha berterusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk menyeragam dan mematuhi piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dalam reka bentuk Maklumat Penerbangan Ruang Udara Kuala Lumpur (KL FIR).

“Dengan pembinaan KL FIR baharu ini, ia akan membolehkan lebih banyak pesawat mendarat pada waktu puncak atau slot premium dan seterusnya meningkatkan kapasiti pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari 78 kepada 108 pesawat sejam dan jumlah ini adalah antara yang tertinggi di dunia,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI