fbpx

Tunku Ismail belum pasti berundur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU ISMAIL menyifatkan kisah 'tangan ghaib' dalam menentukan barisan pemain skuad Harimau Malaya adalah cerita dongeng sahaja.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan baginda sememangnya sedang memikirkan kemungkinan untuk meninggalkan kelab bola sepak yang telah dipimpinnya sejak tahun 2014.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam laman Instagram baginda­ bertitah, keputusan itu bagaimanapun masih dalam pertimbangannya sama ada benar-benar mahu meninggalkan JDT atau sebaliknya.

Titah baginda, antara yang menjadi kebimbangan sekiranya baginda meninggalkan skuad Harimau Selatan itu adalah segala-galanya akan musnah.

“Saya sudah lapan tahun me­ngurus JDT, secara jujur saya letih sikit. Tetapi jika saya angkat kaki segala-galanya akan musnah, pemain akan pergi, penaja akan lari dan kakitangan staf juga akan pergi.

“Jadi saya 50/50, tetapi dengan secara jujur, saya letih sikit kerana saya mengurus bola sepak oleh kerana minat, tetapi saya tidak perlukan bola sepak,” titahnya.

Baginda bertitah demikian bagi menjawab pertanyaan seorang pengikut laman sosial Instagram miliknya yang bertanyakan sama ada betul baginda akan meninggalkan JDT.

Titah baginda lagi, dalam hidup seseorang individu, mereka­ seharusnya mencari sesuatu yang baharu apabila tidak lagi berasa gembira melakukan perkara yang sudah menjadi kebiasaan.

“Dan dalam hidup apabila kita tidak berasa gembira buat sesuatu,­ kita harus cari benda lain. Saya pun banyak tanggungjawab lain, jadi buat masa ini 50/50,” titahnya.

Pada 25 Ogos lalu, Tunku Ismail meninggalkan komen se­olah-olah baginda akan meninggalkan JDT yang telah menjuarai Liga Super sebanyak lapan kali berturut-turut.

“Saya telah berjaya memba­ngunkan JDT dengan macam-macam kejayaan dalam dan luar padang. JDT telah berjaya menjadi satu jenama yang besar.

“Kemudahan infrastruktur bertaraf tinggi dan 18 piala pasukan senior dan 10 piala pasukan junior. Kesemua 28 piala dalam lapan tahun.

“Ini saya punya hadiah ter­akhir kepada kelab,” kata Tunku Ismail di ruang komen ber­kenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI