fbpx

Buang efluen ketika hujan lebat, air tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sampel air daripada kilang berhampiran diambil dalam mengesan kandungan air pencemaran semalam.

SHAH ALAM – Pembuangan efluen sehingga menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dipercayai dilakukan ketika paras air Sungai Semenyih tinggi semalam.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata, kejadian dikatakan berlaku antara pukul 1 hingga 7 pagi susulan hujan lebat di bahagian hulu pagi semalam.

“Penemuan awal punca pencemaran berdasarkan pensampelan kualiti air yang telah dilakukan berkemungkinan dari kemasukan efluen oleh pihak tidak bertanggungjawab ke dalam Sungai Semenyih.

“Ketika itu, paras air sungai adalah tinggi susulan hujan lebat di bahagian hulu pagi semalam,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya.

Kosmo! hari ini melaporkan hampir sejuta penduduk di Petaling, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat dan Putrajaya mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berpunca daripada pencemaran bau yang dikesan berlaku di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir kira-kira pukul 11.10 pagi semalam.

LUAS memberitahu, pihaknya yang menerima laporan semalam mendapati bau sehingga satu ton dikesan di muka sauk Jenderam Hilir LRA Sungai Semenyih.

Kata LUAS, pihaknya juga telah menjalankan pemantauan statik dan pensampelan di dua kawasan iaitu di Jambatan Ladang Bukit Unggul dan Jambatan Kampung Rinching Hilir.

Selain itu, pemantauan turut dilakukan bersama Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd (Air Selangor) dalam memastikan tiada kesan bau di Sungai Semenyih.

“Pensampelan ujian bau telah dijalankan setiap sejam. Berdasarkan pemantauan statik menunjukkan keadaan air sungai kelihatan normal dan bacaan bau adalah sifar (0) ton,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI