fbpx

Wanita kebas tabung kayu masjid ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar daripada rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita melarikan tabung kayu masjid di Padang Pauh, Selasa lalu.

PADANG BESAR – Seorang wanita berusia 28 tahun yang bertindak melarikan tabung kayu dari sebuah masjid di Padang Pauh di sini pada Selasa minggu lalu berjaya ditahan di rumahnya di Arau dekat sini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas memberitahu, kehilangan tabung kayu yang diletakkan di tepi pintu masjid disedari ahli kariah sebelum memaklumkannya kepada ahli jawatan kuasa masjid kira-kira pukul 9.15 malam.

“Pihak masjid kemudian membuat pemeriksaan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan mendapati terdapat seorang wanita mengambil dan membawa pergi tabung tersebut sebelum satu laporan polis berhubung kejadian dibuat.

“Hasil siasatan juga mendapati suspek telah pergi ke masjid berkenaan pada pukul 7 malam untuk mengambil barangan makanan dari food bank dan datang kembali untuk mencuri tabung ketika jemaah sedang menunaikan solat Isyak.

“Suspek yang positif dadah jenis methamphetamine itu ditahan di rumahnya hasil risikan dan maklumat orang ramai kira-kira pukul 9.15 malam pada keesokan harinya,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, tabung masjid yang dicuri juga telah dijumpai di dalam tandas di sebuah pasar pagi di Beseri dekat sini. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI