SUNGAI PETANI – Bapa kepada anggota tentera, Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa, 27, yang ditemui mati lemas selepas hilang ketika menjalani latihan penyusupan bagi Eksesais Para Predator di Sungai Pahang pada Ahad lalu reda dengan pemergian anak tunggal lelakinya itu.
Menurut Mohamad Isa Osman, 58, berkata, walaupun masih bersedih, dia sekeluarga bersyukur kerana mayat arwah akhirnya ditemui dan mereka berpeluang melihat jasad Mohamad Azrin sebelum dijangka dikebumikan pada esok.
“Saya reda kerana ajal maut bukan kerja kita selain bersyukur kerana dapat melihat jasad arwah dan mungkin menatap wajahnya buat kali terakhir esok.
“Jenazah anak saya dijangka dibawa pulang ke rumah ini pada esok pagi untuk dikebumikan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Aman, Sungai Lalang di sini hari ini.
Mohamad Isa yang juga merupakan bekas anggota tentera berkata, Mohamad Azrin yang merupakan anak kedua daripada empat beradik merupakan seorang yang penyayang dan amat disayangi oleh kakak dan dua adik perempuannya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929