fbpx

Kerajaan akan tetapkan harga siling RTK-Antigen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Kerajaan akan melaksanakan kawalan harga melalui penetapan harga siling bagi ujian saringan Covid-19 Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Saya telah minta Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi untuk mengumumkan mengenai penetapan harga siling bagi ujian ini,” katanya dalam sidang akhbar sulung beliau di Kementerian Kesihatan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI