PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 baharu supaya ia mudah difahami dan tidak merumitkan dalam mempraktikannya apabila fasa endemik dilaksanakan tidak lama lagi.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kerajaan dan rakyat perlu menerima hakikat bahawa norma baharu menjadi sebahagian kehidupan baharu semua rakyat di negara ini.
Katanya, walapun semua sudah divaksin namun rutin kehidupan masyarakat perlu berubah bagi membolehkan lebih banyak sektor dapat dibuka manakala kehidupan kembali seperti sedia kala.
“Biarpun langkah baharu akan diumumkan tetapi Kementerian Kesihatan (KKM) tiada perancangan melonggarkan pemakaian pelitup muka kerana berdasarkan pengalaman negara lain yang melonggarkannya terpaksa menguatkuasakannya semula susulan kemunculan varian baharu.
“Selain itu, kerajaan akan mengandakan usaha imunisasi dalam kalangan penduduk di negara ini bagi memastikan seramai mungkin yang mendapat vaksin dalam usaha mengurangkan risiko yang lebih teruk,” katanya dalam sidang akhbar pertamanya di Ibu Pejabat KKM di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929