fbpx

20 negeri AS saman pentadbiran Joe Biden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar transgender, Terry Miller (tengah) menewaskan peserta perempuan dalam sukan lumba lari 100 meter dalam Kejohanan Terbuka Negeri, pada Jun 2018. - Twitter

WASHINGTON – Sebanyak 20 negeri di Amerika Syarikat (AS) mengemukakan saman ke atas pentadbiran Presiden Joe Biden selepas Jabatan Pendidikan AS membenarkan pelajar transgender lelaki bertanding dalam acara sukan yang dikhaskan buat pelajar perempuan.

Menurut laporan akhbar Metro UK semalam, saman itu dikemukakan Peguam Negeri Tennessee, Herbert Slatery bersama wakil peguam 19 negeri lain di mahkamah daerah Knoxville.

Tuntutan saman itu adalah bagi memohon hakim untuk membenarkan pihak sekolah mengasingkan tandas, bilik mandi dan bilik persalinan mengikut jantina biologi dan bukan jantina pilihan pelajar.

Biden ketika menandatangani undang-undang membenarkan pelajar transgender lelaki bertanding dalam acara sukan pelajar perempuan, Jun lalu. – AFP

Saman itu juga bertujuan agar sekolah boleh memisahkan pasukan sukan berdasarkan jantina sebenar dan menguatkuasakan kod berpakaian di bawah aturan sama serta tidak diwajibkan mengguna kata ganti nama golongan transgender.

“Semua ini, bersama-sama dengan ancaman menangguhkan pembiayaan pendidikan di tengah-tengah penularan wabak Covid-19 turut disertakan dalam tuntutan saman ini,” kata Slatery dalam satu kenyataan.

Jabatan Pendidikan di bawah pentadbiran Biden pada bulan Jun lalu mengumumkan bahawa diskriminasi berdasarkan orientasi seksual atau identiti jantina pelajar adalah melanggar Tajuk IX, undang-undang persekutuan dengan perlindungan mengenai diskriminasi seks dalam pendidikan.

Sekolah yang didapati melanggar Tajuk IX akan berdepan risiko kehilangan bantuan dana persekutuan atau kelewatan menerimanya.

Selain Tennessee, negeri yang termasuk dalam saman itu adalah Alabama, Alaska, Arizona, Arkansas, Georgia, Idaho, Indiana, Kansas, Kentucky, Louisiana, Mississippi, Missouri, Montana, Nebraska, Ohio, Oklahoma, Carolina Selatan, Dakota Selatan dan Virginia Barat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI