PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan hampir RM500,000 bagi membaik pulih 40 buah rumah penduduk di Daerah Yan dan Daerah Sik, Kedah yang terjejas dengan bencana kepala air, baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementerian amat memahami kesukaran dihadapi penduduk dan telah membuat penilaian kerosakan melibatkan 40 buah rumah yang didiami penduduk di kawasan terbabit.
Menurutnya, KPLB telah mengkoordinasikan Bahagian Kesejahteraan Rakyat, KPLB dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dalam usaha untuk menyalurkan bantuan bagi meringankan beban yang perlu ditanggung oleh penduduk yang terjejas akibat bencana tersebut.
“Sehingga kini KPLB telah membuat penilaian kerosakan melibatkan 40 buah rumah dengan anggaran kos pembaikan sebanyak RM550,000.
“Usaha mengenal pasti kerosakan dan keperluan pembaikan rumah mangsa yang lain sedang giat dilaksanakan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Tugas Menteri Pembangunan Luar Bandar dengan bekas menteri, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929