fbpx

Malaysia belum iktiraf Taliban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin bercakap pada sidang akhbar di Wisma Putra selepas memasuki pejabat secara rasmi, hari ini. - FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia setakat ini belum lagi mengiktiraf pemerintahan Taliban di Afghanistan setelah kejatuhan presidennya, Mohamad Ashraf Ghani pada 15 Ogos lalu.

Demikian tegas Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah ketika ditanya pada sidang akhbar sulung beliau selepas dilantik memegang jawatan itu di Wisma Putra di sini hari ini.

“Kita masih lagi melihat keadaan di negara itu sebelum membuat pendirian rasmi kerana dari dari sehari ke sehari, kita menerima banyak maklumat baharu dari pelbagai pihak,” katanya ketika ditanya mengenai pengiktirafan ke atas Emiriah Islam Afghanistan yang dibentuk Taliban menggantikan Republik Islam Afghanistan.

Ia susulan status Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India masih diberi pentauliahan untuk hal ehwal Afghanistan seolah-olah Malaysia sudah memperakui kerajaan baharu itu.

Setakat ini, belum ada lagi negara yang mengiktiraf Taliban sebagai kerajaan sah negara itu meskipun China dan Rusia dilapor masih mengekalkan kedutaan mereka di ibu kota Kabul.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, Malaysia mengambil pendirian tidak tergesa-gesa mahu mengiktiraf negara tertentu kerana ia melibatkan pelbagai faktor dalam hubungan diplomatik.

“Namun Malaysia juga tidak ‘menghakimi’ sesebuah negara berdasarkan siapakah kerajaan yang dibentuk dan saya beri jaminan, isu ini akan diputuskan dalam masa terdekat,” ujarnya.

Afghanistan setakat ini masih mempunyai kedutaan di Kuala Lumpur dengan dutanya, Dr. Moheb Rahman Spingar pada 24 Ogos lalu mengesahkan beliau tidak mewakili kepentingan Taliban. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI