fbpx

Aset ketenteraan AS ditinggalkan di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua aset ketenteraan AS yang ditinggalkan di Afghanistan sudah dinyah fungsi dan tidak boleh digunakan kumpulan Taliban. - USNFW

KABUL – Tentera Amerika Syarikat (AS) meninggalkan beberapa aset ketenteraannya di lapangan terbang Kabul selepas pesawat terakhirnya meninggalkan Afghanistan kelmarin, lapor akhbar India Today semalam.

Komando Pusat AS, Jeneral Kenneth F. McKenzie Jr. berkata, aset ketenteraan termasuk kereta kebal dan pesawat itu bagaimanapun telah dinyah fungsi dan tidak dapat digunakan tentera Taliban.

Aset-aset tersebut termasuk sistem pertahanan roket Counter, artileri serta Mortar (C-RAM) yang dikerahkan untuk melindungi lapangan terbang.

Sistem pertahanan peluru berpandu itu menghalang serangan roket yang menyasarkan lapangan terbang Kabul kelmarin.

Selain itu, sebanyak 73 buah pesawat turut ditinggalkan serta 27 buah Kenderaan Beroda Serbaguna Bergerak Tinggi (Humvee).

“Ia merupakan prosedur rumit dan memerlukan masa yang mencukupi untuk memusnahkan sistem tersebut. Oleh itu, kami menyah fungsikan sistem tersebut supaya ia tidak lagi boleh digunakan.

“Pesawat-pesawat itu juga tidak akan diterbangkan lagi selepas kami meninggalkan Afghanistan dan tidak dapat dikendalikan oleh sesiapa pun,” kata McKenzie.

Sebelum itu, kumpulan Taliban meraikan kemenangan mereka apabila pesawat terakhir AS meninggalkan Afghanistan selepas tarikh akhir yang diberikan iaitu pada 31 Ogos, sekali gus menamatkan perang paling panjang dalam sejarah AS. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI