fbpx

RMK-12 dibentang 27 September depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (kanan) mengimbas kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025 dijangka dibentangkan pada 27 September depan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang diterajui beliau semasa memegang portfolio sama di bawah kerajaan terdahulu, kini dalam proses memuktamadkan dokumen itu yang sudah hampir siap 100 peratus.

Beliau berkata, perkara itu menjadi antara keutamaaan dalam tempoh seminggu atau dua minggu ini iaitu sebahagian pencapaian utama 100 hari yang ditetapkan Perdana Menteri kepada barisan Kabinet.

“Selain itu, dalam tempoh 100 hari ini kita akan memuktamadkan perbelanjaan pembangunan tahun depan bersama Kementerian Kewangan.

“Ia perlu dimuktamadkan untuk memberikan input secepat mungkin bagi Bajet 2022,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau hadir melapor diri di Jabatan Perdana Menteri dan mengimbas kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi menerajui semula unit berkenaan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI